Connect with us

Malaysia

31 daripada 40 kes baharu CoV-19 melibatkan Bukan Warganegara Malaysia

Published

on

31 daripada 40 kes baharu CoV-19 melibatkan Bukan Warganegara Malaysia

Malaysia: Beberapa hari kebelakangan ini jumlah kes baharu CoV-19 di Malaysia agak baik berbanding hari-hari sebelumnya. Jika pada 13 mei 2020 sebanyak 13 Mei 2020 58 kes telah dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada hari ini pula kes menurun kepada 40 kes baharu jangkitan CoV-19 telah direkodkan. Dengan jumlah keseluruhan kumulatif kes positif adalah sebanyak 6819 kes. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian di Kementeriannya pada hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa daripada 40 kes baharu yang dilaporkan tersebut, 31 kes merupakan penularan daripada bukan warganegara Malaysia dan tiada kes import dilaporkan. Hanya 9 orang warganegara sahaja dijangkiti hari ini.

Manakala untuk jumlah yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 70 orang. Ia meningkatkan jumlah yang dibenarkan untuk keluar hospital kepada angka 5351 orang atau 78.47%.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham sebelum ini memaklumkan bahawa KKM menjangkakan Malaysia tidak akan mengalami gelombang kedua penularan CoV-19 sekiranya rakyat Malaysia mematuhi arahan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh KKM.

Jangkaan untuk Malaysia turun ke 1 digit pula diletakkan pada hujung bulan ini. Semoga jangkaan ini dapat direalisasikan oleh seluruh rakyat Malaysia dengan mematuhi arahan PKPB.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending