Connect with us

Malaysia

Amaran YDP Agong Sultan Abdullah kepada ahli Politik

Published

on

Amaran YDP Agong Sultan Abdullah kepada ahli Politik

MALAYSIA: Semalam Dewan Rakyat dibuka kembali setelah lama tertangguh akibat penularan CoV-19. Dalam Dewan Rakyat semalam juga telah membuat peraturan untuk ahli parlimen tidak berbahas dan bertekak mengenai politik atau isu memandangkan keadaan semasa.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan untuk hadir ke Dewan Parlimen.

Baginda dalam ucapannya menitahkan agar ahli-ahli parlimen atau ahli politik untuk tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu.

Lebih-lebih lagi pada masa ini, rakyat dalam keadaan yang sangat tidak baik apabila dilanda dengan pandemik CoV-19. Baginda juga bertitah agar rakyat tidak perlu disuap dengan api permusuhan dan perpecahan.

Seri Paduka menyeru agar semua ahli politik menunjukkan kematangan mereka dalam berpolitik. Termasukkan untuk menghargai rakyat dan menjiwai keluh kesah rakyat, membela nasib rakyat dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip adil.

Ahli parlimen juga diingatkan agar sentiasa membudayakan politik yang bersih dan tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa mahupun keadaulatan serta kedudukan Raja-raja Melayu.

“Kerana itulah kerajaan Beta juga telah memutuskan Majlis Mesyuarat pertama yang berlangsung hari ini hanya mempunyai satu urusan majlis sahaja iaitu titah Beta sempena pembukaan Penggal Parlimen yang baharu ini,” titah Al-Sultan Abdullah dan disambut dengan tepukan gemuruh ahli Parlimen dan Senator yang hadir.

Baginda turut bertitah agar ahli politik tidak seharusnya menyemarakkan api permusuhan dan caci mencari, namun mereka sepatutnya membangun dan menyatupadukan negara.

Tuanku juga meminta agar rakyat memberi kerjasama kepada kerajaan. Ini dapat membangunkan kembali negara dan mensejahterakan Malaysia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending