Connect with us

Berita

Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat

Published

on

Kuala Lumpur, Malaysia: Demi membawa suara dan hasrat rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali bekerjasama. Melupakan apa yang telah berlaku dan terjadi sebelum ini, mereka kembali ke kancah politik dengan bahtera yang sama.

Dua tokoh politik ini dikatakan sudah mula melupakan apa yang berlaku dan menolak sengketa dan kemelut sebelum ini demi menegakkan keadilan. Dalam satu kenyataan mengatakan bahawa kedua-dua mereka akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat dan tidak akan pernah berputus asa untuk membawa suara rakyat.

Menurut mereka, walaupun usia mereka telah lanjut namun mereka tetap mempunyai semangat yang tinggi bagi membawa hasrat dan jiwa setiap anak muda yang mahukan kepada reformasi.

”Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya,” kata Ahli Parlimen Langkawi dan Port Dickson itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Harapan.

Kedua-dua pemimpin itu turut menegaskan mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang ada hari ini kerana ia ditubuhkan tanpa mendapat mandat rakyat.

Hujah mereka, kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan secara rundingan itu tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya.

”Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan hari ini,” kata keduanya.

Mahathir dan Anwar turut mengimbau ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dengan mendakwa telah melakukan reformasi dan institusi.

Mereka berdua turut mendakwa ketika pemerintahannya, PH memastikan dem0krasi itu subur dan salah satunya ialah kebebasan bersuara yang tidak pernah rakyat miliki sebelum ini.

“Jika rakyat bersuara, wakil rakyat harus sahut dan tiada seorang pun dihalang bersuara dengan alasan ‘tindakan undang-undang’.

”Kebebasan bersuara: itu antara hadiah paling besar buat negara 2 tahun yang lalu. Rakyat sedar, bahawa tanggungjawab mentadbir negara ini adalah tanggungjawab bersama dan Ahli Parlimen hanyalah sekadar wadah yang membawa suara rakyat,” jelas Mahathir dan Anwar.

Namun jelas Mahathir dan Anwar, mandat yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan akhirnya dijatuhkan pada Februari lalu tatkala wab4k COVID-19 mula melanda negara.

” Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih,” katanya keduanya.

” Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih,” katanya keduanya.

Mahathir dan Anwar juga mengingatkan bahawa tarikh 9 Mei harus diingat sebagai tarikh keramat mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta meIawan ketidakadilan dalam negera.

” 9 Mei 2018 bukanlah satu peristiwa untuk memperingati penyatuan Mahathir atau Anwar,” tegas dua pemimpin itu. – Malaysia United

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending