Connect with us

Uncategorized

“ Boleh pula, check in HOTEL depan rumah”. Diam2 aku klon whtapp isteri. Rupa2nya dh byk kali keluar masuk hotel.

Published

on

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum, Sejak terbaca satu cerita dari page nie, saya terpanggil bercerita yang terbuku di hati sekian lama. Saya Adam (bukan nama sebenar) berkahwin selama 8 tahun.

Perkahwinan mana yang tak di landa badai, susah pada permulaan kahwin tapi masih tetap usahakan permintaan bekas isteri walaupun ikat perut.

Saya bercerrai kerana bekas isteri TIDUR serta bercuti bersama bosnya di tempat kerja pada ketika itu bosnya berjawatan hanya timbalan ketua pegawai eksekutif.

Berapa lama mereka sk4ndal saya tak pasti berapa lama, mungkin bertahun? Bekas isteri saya namakan Salina (bukan nama sebenar) bekerja dalam agensi kerajaan.

Sepanjang berkahwin saya usaha sediakan rumah yang selesa, minta dekorasi sehingga habis ratusan ribu serta kereta mewah untuk dia pakai pergi kerja

(dibeli ketika saya mempunyai rezeki lebih) saya berkerja sendiri. Duit gajinya saya tak pernah sentuh. Kepercayaan yang saya beri di balas dengan kekecewaan, perkahwinan kami tidak dikurniakan cahaya mata.

Mungkin dalam diam dia mengambil pencengah kehamilan (mungkin) sebab Salina seorang yang jenis suka make up tebal bergaya untuk menunjuk kepada orang ramai.

Dia gemar akan pujian, tayang kemewahan pada orang lain, berlumba lumba dengan kawan kawan baiknya siapa kaya siapa mewah, siapa up to date. Nafkah zahir batin memang sudah lama tak diberi kerana dia menolak (mungkin sebab dah dapat dengan sk4ndal iaitu bosnya ketika itu). Saya seorang yang berkerja untuk menyenangkan family dan isteri tidak sangka perkahwinan jadi macam ni.

Hati seorang suami dapat rasa ada yang tak kena, satu hari dia tertinggal Handphone yang biasanya dia bawa kemana mana, entah macam mana bayangan no password Handphone berlegar di mata. Saya tidak tahu password handphonenya, saya try buka, boleh buka pula, mungkin ALLAH nak tunjuk agaknya.

Saya terus mengunakan whtapps cl0ne untuk copy QR code, luluh hati bila baca text bekas isteri bersama lelaki lain bercerita soal kejadian dalam hotel, bersetubh pagi sebelum pergi kerja, cerita macam sepasang suami isteri. Mereka check in sudah banyak kali,

belum lagi hura hura dengar dia main dalam kereta yang saya beri pinjam untuk bawa kerja. (masa ni saya dengar orang bercerita tapi saya tak ambil serius) Sepanjang jadi isteri dia tidak pernah melakukan tanggungjawab seorang isteri, buat kerja rumah bila dia rasa nak buat sahaja, masak kalau dia rasa nak makan sahaja.

setiap hari kami makan di luar begitulah rutin selama berkahwin. Saya bawa dia bercuti kemana saya dia mahu bahkan ke Eropah, apa saja dia minta saya beri tetapi tiada layan b4tin diberi, saya husnuzon tidak pula saya mencari wanita lain kerana saya sudah ada isteri, tidak pernah terfikir untuk ada perempuan lain.

Selepas kes kant0i saya foward semua conversation whttapps dia bersama skandal iaitu bossnya, dia melutut nangis teresak – esak. Dia tipu saya, kata pergi outstation tetapi check in HOTEL depan rumah, (dari rumah dah nampak gah hotel) siap ambil cuti beli MC klinik berdekatan rumah (kant0i saya jumpa resit tarikh pada dia kata outstation)

masa ni saya buat macam tak tahu apa- apa. Saya still baca wh4tapps cl0ne, dia tak tahu yang saya boleh baca, Saya buat perancangan, saya kata pada dia saya akan kerja luar daerah, dia terus beritahu sk4ndal dia bahawa suaminya (saya) akan kerja luar mereka terus BOOK HOTEL.

Sepanjang saya kata saya kerja luar mereka tidur di hotel, saya pergi ke hotel yang mereka book (dapat tahu dari perbualan whatsapp yang sudah di cl0ne) Kereta saya yang di pakai oleh bekas isteri dan Sk4ndalnya itu ada parking di basemen saya tunggu sampai tengah malam..

Sebenarnya saya cakap saja pergi outstation tapi ada saja tidur di rumah. sebab tahu dia akan check in, Saya buat laporan polis tetapi hotel tersebut tidak membenarkan mengganggu guest, HOTEL PUNYA SOP kerana PRIV4CY. Saya whtsapp dia macam biasa, katanya penat, ye la penat 10 kali round bersama skandal minta tidur awal.

paling saya tak boleh terima dia siap ajak sk4ndalnya datang raya di rumah terbuka. Masa ni mak dia ada tidur di rumah, siap jantan tu hantar pada bekas janda saya “macam mana la satu hari nanti I ganti husband u pula” husband u dah la ada rumah.. Ketika ini saya dah tahu kecurangan dia.

Tapi dia tak tahu lagi saya tahu, pedih simpan lama lama ni. Dalam wh4tsapp mereka siap nak tebus talak lagi 2 juta, tapi saya dah cerraikan sebelum tu lagi. Buat pengetahuan pembaca, bekas isteri saya ni janda juga sebelum saya kahwin dengan dia. Family dia macam seolah olah tutup mata anak tidur dengan jantan lain walaupun ada suami.

siap suruh saya bertenang. Oh lupa family dia banyak juga saya berabis buat rumah family dia, saya rasa dia tak nak bercerrai takut nanti susah pula nak show off dengan orang kampung, Sebelum tu adik beradik dia semua sama saja perangai, tinggal bini lain, bercerrai lain, mungkin keturunan dia asal usul begitu.

Dia macam play v1ctim, tak mengaku curang, sampai dia g0da saya ajak main, ini silap saya termain ye la dan berbulan bulan menahan, Selepas itu sk4ndal dia boleh call, pergi la cek air m4ni sapa ada, ouh itu perancangan dia. Tak sangka sek3ji itu, masa tu saya dah failkan pencerraian.

Banyak sangat drama dia buat. Padahal bukti dah ada, dia mengaku dia curang katanya CURANG TU TAKDIR, TAK KAN JADI KALAU ALLAH TAK IZINKAN, saya tak tahu la b0d0h dia tahap apa tentang agama. Semua video pengakuan dia cur4ng, whatsapp dia semua saya simpan. Selepas bercerrai dalam EDDAH dia cuba untuk pujuk, g0da saya tak layan sebab tahu taktik dia.

Habis tempoh eddah, dia tuntut harta sepencarian, buat pengetahun dia tiada sumbangan apa apa dalam harta saya mahupun rumah atau kereta, segala muka rumah dekorasi dan kereta saya beli cash menguna duit saya. Saya tahu dia layak tuntut tapi masih keadaan tak sedar diri tiada sumbang langsung atau tak langsung.

Tidak layan saya selayaknya suami, masak untuk sk4ndal bawa ke office, saya suami ketika itu, makan lebihan yang di masak untuk sk4ndalnya, tapi untuk suaminya tidak. Saya laporkan kepada pihak int3rgirity tempat mereka berkerja, tapi mereka memilih untuk tidak diadakan soal si4sat dalaman.

Mereka meletakan jawatan kerana pekara ini heb0h di pejabat mereka. Tapi saya pelik janda saya ni memang jenis tak tahu malu, boleh buat macam tak da apa berlaku. Mungkin dah biasa dari dulu kot dengan laki dulu sebelum saya. Mungkin ? Dia menafikan dia curang sekeras kerasnya.

mungkin dia lupa semua pengakuan dia masa nangis teresak esak, whatasp saya, video merayu siap tayang d4da suruh saya balik. Masa tu dalam process penceraian. Dia siap cakap tak kan tuntut apa apa. Tapi sebab saya cerraikan dia sebelum waktu yang dia rancang dengan sk4ndal dia, mungkin dia jadi dend4m.

Mungkin? Tapi ambil la 2 juta kata nak tebus talak tu. Nak harta saya buat apa. Saya lepaskan free dah tu.. jangan ganggu saya lagi dan pulangkan hak saya duit, kereta semua la yang dia ambil. Semua barang saya beli dia curi dan ambil masa masuk rumah. Selamat saya balik awal kalau tidak semua dia punggah. Barang dalam rumah saya beli cash semua duit saya sendiri.

oh lupa fb nya pun masih tak delete gambar saya. Mungkin nak orang tahu dan nampak macam saya curang. Mungkin kot? Saya tak kisah dia nak jual badan dengan siapa pun sekarang, saya cuma nak hak saya sahaja, dia kan selalu cakap, dia ramai orang puji cantik, bijak.

Saya rasa dia boleh saja cari lelaki kaya. Tu pun kalau ada memandangkan umur pun bukan muda lagi. Dia rasa diri boleh jual lagi. Jadi pulang saja semua apa yang bukan hak dia. Dia rasa dia terlalu cantik kot tapi hakikat perkahwinan lebih dari tu, tapi ye la kan dari kahwin perempuan dah nak m0nop0s baik orang kaya ni cari muda muda bergetah.

Untuk lelaki luar sana kalau nak kahwin, selidik latar belakang keluarga, pasangan kita macam mana, ini silap saya, dia janda pun saya tak pernah tanya sebab apa bercerrai, sebab fikir tu masa lampau dia. Rupanya tu la.. perangai macam jalang sapa saja tahan. SAYA TIDAK HALALKAN DUNIA AKHIRAT APA YANG DIA DAN KELUARGA DIA MAKAN DARI DUIT SAYA. TITIK PELUH SAYA SELAMA INI.

Dengan orang kampung mungkin la dia boleh tipu, tapi bukan ALLAH, dia boleh buat cerita berkenaan saya, tapi kebenaran tu ada. Inshaa Allah kebenaran akan menenggelamkan kebatilan. Pelik orang sebegini, curang, mengaku ada jantan lain duduk dalam satu bilik hotel

(ni ada pengakuan dari dia melalui text) tapi bila dalam mahkamah semua tak mengaku. Mohon pembaca doakan urusan saya dipermudahkan nanti, di beri kebahagian dunia dan akhirat. Terima kasih. Yang benar, – Jejaka Bukan Dambaan (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Rosjuliana – Untuk lelaki yg selalu mengeluh ditinggalkan kerana ex kejar lelaki yg lebih kaya. Nampak tak harta tu pun xboleh beli kesetiaan. Ni kalau kena tinggal dgn awek mata duitan bersyukurlah sebelum korang dijadikan lembu dan mesin atm. Lebih sakit kalau dah jd mcm confesser ni. Untuk Perempuan pisau cukurpulak.. Umur makin meningkat. Bumi ni bulat. Kifarah tu bukan dibuat. Dosa pahala tu kena ingat.

Fiza za – Salam confessor. Semoga cepat bertemu jodoh dgn orang baik2. Kes cur4ng ni mmg s4kit hati sbb melibatkan kepercayaan. Saya percaya mmg ramai kena mcmni tetapi tak ramai orang tahu sbb orang lelaki ni suka simpan. Yang lebih s4kit hati bila dah la muka pun tak lawa perangai curang pulak, mmg tak padan dengan rupa la kata orang.

Lepastu family dia boleh pulak meny3rang keluarga lelaki seolah2 menyokong anak perempuan dan adik perempuan dorang tidur dgn jantan lain, boleh pulak satu family salahkan pihak lelaki dgn alasan lelaki tak pandai jaga isteri sebab tu anak dia curang (tepuk dahi).

Satu family n4rc1ssist. Jadikan pengajaran dalam hidup kita. Semoga setiap langkah confessor dipertemukan dgn manusia baik2, jodoh yg baik yg kekal hingga ke jannah. Aamiin.

Ummu abihah – Saya simpati dengan perkongsian saudara saya yakin saudara berhadapan dengan S0ci0path N4rc1ssist (Salah satu peny4kitnya ment4l). Saudara boleh buat pembacaan tentang peny4kit ment4l ini. Jika perlukan pendapat atau info lebih lanjut boleh PM saya. saya bantu beri info lebih lanjut untuk faham taktik mereka.

Memang mereka kuat manipulate dan play v1ct1m dan akan hancurkan hidup awak bila memilih untuk keluar dari hubungan. Kenapa dia sanggup lakukan begitu kerana mereka lack of empaty dan g1lakan attention, they love to creat drama.

Sumber Iium

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending