Connect with us

Malaysia

Boleh Rentas Negeri Tanpa Syarat selepas 9 Jun, Ini Keputusan dari undian MKN

Published

on

Boleh Rentas Negeri Tanpa Syarat selepas 9 Jun, Ini Keputusan dari undian MKN

MALAYSIA: Malaysia kini masih lagi mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau dikenali sebagai PKPB bagi mengawal pergerakan rakyat Malaysia. Fasa PKPB ini memberi sedikit kelonggaran berbanding dengan PKP sebelum itu.

Namun kelonggaran yang diberikan telah mengawal ketat pergerakan rakyat untuk rentas negeri. Kerajaan tidak memberikan sebarang aktiviti rentas negeri kecuali dengan surat dan alasan yang kukuh.

Boleh Rentas Negeri Tanpa Syarat selepas 9 Jun?

Jadi timbul persoalan daripada rakyat Malaysia adalah dibenarkan untuk rentas negeri selepas 9 Jun apabila kerajaan dan KKM seperti memberi gambaran bahawa kes di Malaysia semakin terkawal.

UNDIAN

Dalam satu undian yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara atau (MKN) menerusi aplikasi Telegram pada Selasa yang lalu. Rakyat Malaysia menyokong untuk kerajaan membenarkan semula aktiviti rentas negeri seperti sedia kala.

Daripada 222,500 orang yang memberi jawapan sebanyak 64% menyokong untuk memberi kebenaran rentas negeri manakala 57% menyokong agar membenarkan semula semua aktiviti keagamaan di rumah ibadat.

Ini diikuti 35% memilih untuk sektor pendidikan beroperasi semula seperti biasa. 34% daripada responden menyokong agar aktiviti berkaitan dengan penjaja, pasar minggu, pasar malam, pasar tadi dan perkhidmatan gunting rambut dibuka semula.

Manakala aktiviti hiburan,riadah, panggung wayang, muzium mendapat 12 peratus sokongan.

Diatas merupakan tangkap layar yang menunjukkan keputusan undian yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara.

Jadi sekiranya kerajaan megambil keputusan tersebut sebagai rujukan membenarkan sebarang aktiviti maka besar kemungkinan kita akan dibenarkan untuk rentas negeri, atau kelonggaran rentas negeri akan diberikan lebih banyak berbanding sebelum ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending