Connect with us

Berita

Cara Mohon i-Suri KWSP dan Terima Insentif RM480 Setahun untuk Suri Rumah

Published

on

Cara Mohon i-Suri KWSP dan Terima Insentif RM480 Setahun untuk Suri Rumah

MALAYSIA: Umum mengetahui bahawa suri rumah merupakan isteri rumahtangga sepenuh masa, yang mana mereka ini tidak bekerja di luar tetapi bekerja di dalam rumah bagi menguruskan anak-anak dan rumah tangga mereka.

Jadi secara tidak langsung mereka ini tidak mempunyai sumber pendapatan tetap. Perbelanjaan rumah didapati hasil daripada suami mereka yang bekerja.

Disebabkan perkara itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan satu skim iaitu i-Suri KWP bagi membantu para suri rumah tangga yang mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka atau masa tua mereka.

Pelbagai manfaat bakal mereka dapat melalui skim i-Suri dari KWSP ini. Antaranya ialah mereka dapat menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan. Berikut kami kongsikan mengenai perkara ini:

Apa itu i-Suri KWSP ?

Menurut sumber rasmi KWSP, i-Suri adalah satu produk daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.

I-Suri adalah skim bertujuan membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Banyak manfaat yang bakal mereka dapat melalui pendaftaran i-suri KWSP. Namun ia tertakluk kepada syarat yang dikeluarkan oleh KWSP.

i-suri kwsp

Manfaat jika anda menjadi pencarum atau ahli KWSP- Anda akan dapat dividen tahunan dan layak bagi bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan insentif kerajaan sebanyak RM480 setahun.

Cara Mohon

Jika anda ingin mendaftar atau memohon, pastikan anda adalah individu yang layak berdasarkan kepada syarat diatas.

Jadi berikut adalah perkara yang anda perlukan ketika pergi mendaftar

Inisiatif ini diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending