Malaysia
Fasa untuk menasihati dan amaran berakhir, Sanggupkah rakyat melalui PKP sekali Lagi?

Malaysia: Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini dilonggarkan kepada PKPB. Kerajaan sangat berharap rakyat mematuhi arahan PKPB, namun sebaliknya berlaku. Rakyat tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Oleh itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa fasa nasihat dan amaran kepada rakyat yang sewenang-wenangnya mengabaikan peraturan dan prosedur sudah berakhir.
Beliau mengeluarkan amaran tersebut bagi memberi reaksi kepada laporan yang dikeluarkan oleh PDRM bahawa terdapat banyak kes tidak patuh terhadap peraturan dan SOP PKPB sewaktu pemeriksaan dijalankan.
Tambahnya lagi ketidak patuhan perkara ini dapat dilihat di pasaraya, pasar awam, di tempat kerja. Mereka (rakyat) sudah mula memandang ringan dengan SOP dan peraturan yang telah kerajaan tetapkan.
Rakyat seperti mengambil mudah keseriusan kerajaan dan barisan hadapan yang berhempas pulas menentang dan memutuskan rantaian jangkitan CoV-19.
Jadi disebabkan rakyat yang begitu degil, maka tidak hairanlah apabila semalam kerajaan telah memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir.
Padahal rakyat tahu bahawa yang boleh memutuskan rantaian penularan ini adalah mereka sendiri. Mereka jugalah penentu kepada bilakah berakhirnya PKP ini.
Jangan terlalu selesa dengan nombor baharu peningkatan CoV-19. Gelombang kedua boleh berlaku pada bila-bila masa. Jangan disebabkan sikap kita, bukan sahaja hari raya Aidilfitri tidak dapat disambut meriah malah Hari Raya Aidiladha akan datang juga tidak dapat disambut.
Marilah sambut kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham untuk bersama-sama memutuskan rantaian penularan CoV-19 dengan kita jaga kita. Buktikan kepada dunia bahawa Malaysia boleh memutuskan rantaian ini.
-
Malaysia3 years ago
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya
-
Malaysia3 years ago
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat
-
Malaysia3 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita3 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Berita3 years ago
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham
-
Malaysia3 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita3 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia3 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”