Malaysia
Hanya 16 Kes baru positif CoV-19 hari ini, 77.47 peratus pesakit sembuh

MALAYSIA: Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu sidang media harian pada hari ini memaklumkan setakat jam 12 tengah hari 12 Mei 2020, sebanyak 16 kes baru jangkitan CoV-19 telah dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes CoV-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,742 kes sehingga ke hari ini. Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media berkaitan dengan perkembangan terkini CoV-19 di Malaysia sebentar tadi.
Untuk pengetahuan anda semua, KKM mengesahkan bahawa 16 kes baharu pada hari ini dengan 3 kes adalah melibatkan kes import dan 13 kes merupakan jangkitan penularan tempatan.
KKM turut mengesahkan bahawa daripada jumlah tersebut 9 kes adalah daripada bukan warganegara Malaysia. Manakala 7 orang lagi adalah warganegara Malaysia.
Dalam masa yang sama daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia seramai 16 orang pesakit positif CoV-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 3 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
77.47 peratus pesakit sembuh
Dr Noor Hisham turut memaklumkan pada hari ini (12 Mei 2020) seramai 110 orang dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan untuk discaj daripada Hospital.
Dengan peningkatan jumlah tersebut, seramai 5223 orang pesakit CoV-19 telah berjaya sembuh dan dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing atau bersamaan 77.47% pesakit pulih daripada jumlah keseluruhan kes.
-
Malaysia3 years ago
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya
-
Malaysia3 years ago
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat
-
Malaysia3 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita3 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Berita3 years ago
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham
-
Malaysia3 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita3 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia3 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”