Connect with us

Malaysia

Daftar i-Saraan untuk KWSP bagi yang Bekerjasa Sendiri, Insentif sehingga RM250 Setahun

Published

on

Daftar i-Saraan untuk KWSP bagi yang Bekerjasa Sendiri, Insentif sehingga RM250 Setahun

MALAYSIA: Bagi yang bekerja sendiri, pastikan anda baca artikel ini sehingga akhir kerana ia mungkin akan memberi manfaat kepada anda.

Sebelum ini dalam perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi dengan RM50 juta geran padanan bagi ekonomi gig membuat simpanan KWSP melalui i-Saraan.


i-Saraan KWSP bagi yang bekerja sendiri

Untuk pengetahuan semua, i-Saraan KWSP adalah satu caruman sukarela dan insentif persaan bagi membuat sesiapa yang bekerja sendiri atau mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa, mereka boleh membuat caruman di i-Saraan.

Jadi kepada mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendatan kewangan yang tetap boleh membuat caruman secara sukarela bagi tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

isaraan kerajaan

Untuk pengetahuan anda semua, ahli yang berada di bawah insentif ini mereka berhak menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun) berkuatkuasa 1 Januari 2018 ke atas caruman mereka.

*Ia tidak termasuk kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan
Sumbangan kerajaan ini juga terhad untuk pencarum yang berusia dibawah 55 tahun.

Apa manfaat yang anda akan dapat

Untuk makluman semua, berdasarkan sumber portalmalaysia, ada beberapa manfaat yang boleh anda dapat sekiranya anda menjadi pencarum i-Saraan ini, antaranya ialah

  • Jika pencarum tiada pendapatan tetap, KWSP akan menyediakan saluran persaraan kepada anda bagi mencarum sendiri
  • Pencarum boleh membuat pengeluaran dan boleh mencarum mengikut kemampuan sendiri dan masa yang mereka miliki
  • Dapat dividen tahunan mengikut simpanan sedia ada
  • Boleh mendapat insentif 15% iaitu maksisum RM250 setahun sekiranya pencarum adalah ahli berumur kurang dari 55 tahun. Insentif ini daripada 2018 sehingga 2022.
  • Boleh mendapat bantuan kematian RM2500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWP)

Berikut pula kami kongsikan kepada anda syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP untuk membuat permohonan i-Saraan

  • Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia
  • Hendaklah bekerja sendiri atau membuat apa-apa kerja sendiri yang boleh mendatangkan hasil dan bukannya pekerja
  • Berumur 55 tahun kebawah
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan dengan menghantar borang KWSP 16g(M)

Berikut pula adalah cara untuk membuat permohonan i-Saraan.

Sekiranya anda telah menyemak syarat di atas dan layak maka anda boleh membuat permohonan ahli KWSP/i-Saraan dimana-mana kaunter KWSP berdekatan.

Jadi berikut adalah dokumen yang perlu anda bawa.

  • Kad Pengenalan
  • Borang i-Saraan  – KWSP 16G (M) pendaftaran untuk kali pertama sahaja
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A(2) (Semasa bayaran)

I-Saraan adalah antara alternatif untuk menyimpan duit bagi rakyat Malaysia yang telah disediakan oleh kerajaan. Ia membantu rakyat ke hari tua kelak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending