Berita
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham

Malaysia: Memandangkan kepada penularan CoV-19 masih lagi berleluasa di dalam negara kita, Dr Noor Hisham menasihatkan agar adat kebiasaan seperti mencium tangan atau bersalaman tidak diamalkan pada hari raya kali ini.
Berpelukkan sesama saudara juga tidak dibenarkan pada perayaan Aidilfitri kali ini bagi menjaga jarak sosial selamat diantara masyarakat.
Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia , Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata perkara itu telah pun dijadikan sebagai salah satu garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk perayaan Aidilfitri 2020.
“Bagi menjaga jarak selamat, diminta untuk tidak bersalaman dan bercium-cium. Selain itu diharapkan rakyat dapat menggunakan cecair pembasmi kuman pada perayaan kali ini” jelasnya dalam sidang media di Putrajaya
Beliau turut menegaskan agar tidak berkumpul terlalu ramai dalam sesebuah rumah walaupun hanya melibatkan ahli keluarga terdekat. Ini mengulas mengenai cadangan 20 orang beraya di sesebuah rumah melibatkan saudara mara terdekat.
“Jika 20 orang, itu merupakan sebuah nombor yang relatif dan perlu mengikut kepada keluasan sesebuah rumah”
“Jika rumah itu kecil dan berhimpit sehingga 20 orang, itu sudah melanggar prosedur yang ditetapkan oleh KKM.”
Penjarakan sosial diperlukan lebih-lebih lagi melibatkan warga emas. Ini adalah bagi memastikan golongan ini dapat dilindungi kerana ia sangat berisiko. KKM juga tidak membenarkan adanya kunjungan pelawat di setiap rumah.
Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia dalam satu perutusan khas berkata, kerajaan membenarkan kelonggaran untuk aktiviti ziarah bersama jiran terdekat dengan had maksimum 20 orang dalam satu-satu masa. – Sinar Harian
-
Malaysia3 years ago
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya
-
Malaysia3 years ago
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat
-
Malaysia3 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita3 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Malaysia3 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita3 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia3 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”
-
Malaysia3 years ago
Tun Mahathir luah rasa Kecewa dengan apa yang berlaku di Parlimen, Ini pendedahannya