Connect with us

Uncategorized

“Kalau bujang nanti tua merempat di rumah kebajikan” Bila bt trip ke rumah org tua. Sekali pengasas rumah kebajikan ckp paling ramai penghuni bukan sbb x kawin tapi sbb.

Published

on

Assalammualaikum abang & kakak semua. Hari ini aku nak share 1 benda yang cukup membuka mata aku. Umur aku dah masuk 29 tahun ni tapi masih single. Dulu masa umur aku 25 kan, aku stress sangat fikir pasal jodoh.

Kawan-kawan dah bersuami beranak tapi aku masih single. Mungkin belum sampai seruan jodoh lagi. Masa ni aku bayangkan macam-macam benda buruk. “Eh esok kalau tak kahwin and makin tua, sapa nak jaga kita?

Kalau kahwin ada anak, boleh juga jaga kita andai kata dah uzur tak boleh uruskan diri”. Mentaliti macam ni banyak makcik-makcik guna untuk brainwash aku bila depa suruh aku kahwin. Katanya dah tua kalau ada anak, nanti ada la juga orang boleh jaga.

Kalau bujang sampai tua, m4ti pun seorang apa guna? Merempat di rumah kebajikan takpun mati seorang-seorang dekat atas katil rumah. Atleast ada anak! Itulah kata mereka.

Okey aku mengaku agak terkesan dengan mulut orang. Sampailah satu hari ni aku ternampak satu hebahan pasal kutipan derma untuk rumah orang tua yang berada di Negeri Sembilan. Aku jumpa post tu dekat FB.

Diaorang buat trip ke rumah kebajikan tu juga. Mostly yang bagi derma akan diajak pergi. Tapi kalau kau taknak pun tak apa. Entah selama bertahun hidup eh, itulah kali pertama aku terdetik nak pergi ke tempat macam tu.

Firasat aku masatu sangat luar biasa. Rumah orang tua? Mesti macam dalam drama kan fikir aku. Siap ambil cuti tak kerja sehari. Dipendekkan cerita, kami sampai jam 10 pagi and di pagar rumah kebajikan tu, ada beberapa orang pakcik makcik tua dah sambut.

Ada yang naik kerusi roda. Kunjungan orang luar macam rahmat tau untuk diaorang semua. Antara aktiviti kami buat adalah masak dan riadah sama-sama. Ada la main game sikit dengan nenek atuk yang masih larat.

Ada yang tengah main dam ular tiba-tiba terkencing dalam kain pelikat. Ada yang jenis tak nak cakap. Ada yang nyanyuk asyik kerja nak cium orang saja. Haha.

Dalam masa sama, aku banyak duduk bercerita dengan pengasas rumah kebajikan tu. Aku gelar dia as Abang Jar. Mesra orangnya. Aku tanya-tanyalah macam mana semua warga emas ni boleh ada dekat sini?

Fuhh dekat sini nangis juga aku sebab sedih. Ada yang anak kata nak hantar kejap saja. Balik kerja jemput. Akhirnya hilang. Kira macam buang mak sendiri la. Acah-acah hantar kejap tapi hampeh.

Ada juga yang terus tinggalkan dengan beg baju depan pagar rumah kebajikan pukul 1 pagi. Ada yang anak-anak memang literally hantar dengan niat sebab taknak jaga.

And surprisingly, nenek atuk semua ni anak-anak diaorang adalah orang yang sangat berjaya. Orang senang. Most of them!

Abang Jar kata ada seorang lelaki pakai kereta mahal hantar mak dia sebab orang tua tu dah nyanyuk. Terus terang mengaku dia tak larat jaga.

Mula-mula tiap hari mesti datang jenguk. Lama-lama seminggu sekali, 2 minggu sekali, sebulan sekali, setahun 3-4 kali. Masuk tahun kedua?

Habis hilang bayang.

Dalam kata lain memang ramai orang neglect mak ayah sendiri padahal masing-masing hidup senang.

Paling sedih bila aku tanya Abang Jar. Berapa ramai orang tua yang jenis tak ada anak dekat sini?

Maknanya orang tua yang tak pernah kahwin seumur hidup end up dikutip bawa ke sini sebab hidup seorang. Aku sumpah terkejut dengar jawapan Abang Jar.

Sepanjang bertahun-tahun dia terlibat dengan NGO melibatkan kebajikan orang tua ni, sebenarnya penghuni sebatang kara (tak kahwin & tak ada anak) tak adalah ramai sangat dekat rumah kebajikan.

Tahu paling banyak apa? Paling banyak adalah penghuni yang dihantar sendiri oleh anak mereka.

Pesanan Abang Jar yang aku takkan lupa sampai mati. Ramai orang ni jadi risau sangat bila lambat/ tak kahwin.

Bila tak kahwin, mestilah tak ada anak.

Bila tak ada anak esok tua mestilah tak ada sapa jaga.

Takkan nak harap sedara lain? Entah-entah diaorang pun rasa macam terbeban.

Asal tak kahwin saja mesti fikir alaaaaaaa esok sisa hidup masa tua mesti habis dekat rumah orang tua. Mati pun sendiri tak ada keluarga.

Tapi hakikatnya, orang yang kahwin dan hidupnya dikurniakan ramai anak pun akhirnya DIBUANG KE RUMAH ORANG TUA.

Sebab itulah wujud bidalan “1 mak memang boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga 1 mak”.

Masuk akal kan? Betul juga. Abang Jar cerita lagi. Ada juga kes di mana pelawat rumah orang tua akan ambil warga emas ini sebagai mak/ayah angkat dia orang. Akhirnya dijaga sampai hujung hayat macam mak ayah kandung.

Yang tak pernah ada anak tapi anak sedara datang ambil dekat rumah orang tua dan sambung bela sampai hujung nyawa.

Kesimpulannya dekat sini yang aku faham, bila kau kahwin dan ada anak, itu bukan jaminan kau akan DIJAGA oleh mereka bila dah tua nanti.

Kalau anak yang kenang budi tidaklah gamak nak buat macam tu. Tapi ingat balik kata Abang Jar. Rata-rata orang tua yang merempat dan mati sendirian di rumah orang tua adalah yang ADA ANAK.

Abang Jar cakap juga ada seorang makcik dia umur dah masuk 60-an tapi still bujang. Seorang pensyarah. Sekali pun tak pernah kahwin apalagi nak ada anak.

Orang mungkin anggap dia kesunyian. Tapi hakikatnya, dia dikelilingi anak buah yang MasyaAllah baik. Even demam sikit pun anak buah and adik beradik lain datang jenguk. Bawa ke klinik dan sebagainya.

Ada juga kenalannya yang tak kahwin, hidupnya cukup sempurna dengan kerja yang bagus. Tapi genap 40 tahun Allah tarik nyawa. Jadi tak adalah isu merempat mati seorang dekat rumah kebajikan yang macam orang selalu cakap.

Jadi dengan perkongsian ini, aku harap gadis/ lelaki yang lambat kahwin jangan la risau sampai ke tahap fikir nanti dah tua tak ada sapa jaga. Siap dah plan nak masuk rumah orang tua mana lagi.

Mungkin Allah tak bagi kita suami/ isteri/ anak. Tapi setiap orang ada rezeki dia masing-masing. Kita tak ada hak nak judge lebih-lebih. “Fuhh kau tak kahwin esok tua mati seorang”. Tak, jangan fikir macam tu.

Entah-entah kita yang laser bagi ayat pedas, silap-silap terbalik nasib. Ingatkan dah ada anak boleh jaga masa tua nanti, sekali kau dibuang juga. Macam Abang Jar cakap, ADA ANAK BUKAN JAMINAN HARI TUA KAU AKAN BAHAGIA.

Yang penting kena selalu syukur.

Ye betul tak kahwin and takda anak, tapi mungkin Allah hadirkan orang yang baik-baik di sekeliling kita. Sayang kita macam keluarga kandung.

Tak ada anak, tapi Allah bagi kesihatan yang luar biasa sampai tua. Mati pun mudah tak ada susahkan sesiapa.

Bukanlah nak kata jangan kahwin. Tidak! Cuma itulah. Hati-hati bila kita cakap pasal kahwin dengan orang. Silap-silap hari bulan, Allah limpahkan rezeki dan jalan hidup yang terbaik pada dia.

Rezeki dia, dia punya. Rezeki kau, kau punya. Jalan hidup dia Allah yang atur baik-baik, kau siapa nak judge lebih-lebih?

Salam.

– Haziqah (Bukan nama sebenar)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending