Malaysia
Menjelang perayaan, Harga Ayam di Johor naik

Johor, Malaysia: Beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut hari raya Aidilfitri. Walaupun dijangka tahun ini perayaan agak suram dan tidak semeriah raya-raya sebelum ini barangan keperluan sudah pasti akan dicari dan diperlukan juga.
Di Johor, ada peniaga dikatakan sudah mula mengambil kesempatan apabila harga ayam dikatakan naik sedikit berbanding sebelum ini.
Sebelum ini harga ayam di negeri tersebut adalah RM6.50 ke RM7 sekilogram namun kini naik kepada RM8 hingga RM8.50 sekilogram.
Rakyat Johor meminta agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Pengguna Malaysia (KPDNHEP) diminta untuk menyiasat perkara ini.
Menurut pengerusi KPDNHEP berkata bahawa kenaikan harga ayam standard tidak seharusnya berlaku kerana pengeluaran ayam di Johor adalah tinggi manakala permintaan rendah.
Oleh itu, pengguna digesa untuk melaporkan kepada KPDNHEP jika mereka membeli ayam dengan harga yang lebih iaitu melalui saluran Whatsapp, emel atau telepon agar mereka dapat menjalankan siasatan.
“Pihak KPDNHEP mahu melakukan siasatan di rankaian mana yang telah menyebabkan harga ayam naik mendadak sehari dua ini bagi membolehkan masalah itu diselesaikan dengan baik”
Menurut seorang pelanggan mengatakan bahawa belia sangat terekjut apabila mendapati harga ayam naik mendapat kepada RM8 sekilogram.
Menurutnya pada hari Ahad yang lalu dia membeli 2 ekor ayam dengan harga RM6.50 sekilogram namun pada hari ini tiba-tiba harga naik mendadak
Mereka (peniaga) mengatakan menerima ayam dengan harga yang tinggi berbanding sebelum-sebelum ini sehingga mereka terpaksa menaikkan harga
Ada juga pelanggan yang mengatakan bahawa peniaga cuba mengambil kesempatan apabila kini ramai yang ingin memberi barangan basah itu.
Manakala harga bawang besar pula dikatakan telah jatuh merudum kepada RM4 sekilogram berbanding dengan RM10 hingga Rm12 sekilogram pada bulan lepas.
-
Malaysia3 years ago
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya
-
Malaysia3 years ago
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat
-
Malaysia3 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita3 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Berita3 years ago
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham
-
Malaysia3 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita3 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia3 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”