Malaysia
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya

Malaysia: Kemelut politik kembali semula selepas hampir 3 minggu kita tidak dihidangkan dengan sebarang isu politik dek kerana isu CoV-19. Kini sedang heboh dengan isu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi memberi pandangan beliau bahawa Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai PM sekiranya usul undi tidak percaya dibawa ke sidang Dewan Rakyat pada masa akan datang.
Che Abdullah turut memberi gambaran bahawa perancangan yang cuba dilakukan oleh pembangkang (Pakatan Harapan) akan gagal.
“Jika nanti undi tidak percaya dibawa dalam Dewan Rakyat, saya cukup yakin bahawa kerajaan dan PM yang ada sekarang ini mempunyai undi yang cukup untuk mereka kekal meneruskan tampuk pimpinan”
Saya juga ingin mengingatkan bahawa Malaysia kini berada dalam keadaan yang tidak baik apabila rakyat berhadapan dengan CoV-19, usaha kerajaan kini dalam menangani perkara ini patut dipuji dan bukan disusahkan dengan mainan politik pihak pembangkang.
“Mereka (PH) sepatutnya faham dengan keadaan rakyat Malaysia, mereka juga sepatutnya memberi tumpuan memikirkan ke arah menyelesaikan masalah rakyat bukan sibuk untuk berpolitik”
Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini Speaker Dewan Rakyat telah menerima usul tidak percaya daripada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga merupakan Anggota Parlimen Langkawi.
Walaupun begitu, usul tersebut berkemungkinan besar tidak akan dibawa pada sidang media 18 mei ini kerana ia dijadualkan hanya sehari, ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan undang-undang) Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa urusakan kerajaan lebih penting dan diutamakan.
Che Abdullah mengatakan sekiranya Pakatan Harapan benar-benar meletakkan kepentingan rakyat maka sepatutnya mereka akan mengekalkan dan menstabilkan kerajaan yang sedia ada dan terus menyokong Muhyiddin. – Malaysiakini
-
Malaysia3 years ago
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat
-
Malaysia3 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita3 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Berita3 years ago
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham
-
Malaysia3 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita3 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia3 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”
-
Malaysia3 years ago
Tun Mahathir luah rasa Kecewa dengan apa yang berlaku di Parlimen, Ini pendedahannya