Malaysia
Mukhriz Mahathir menghadap Sultan Kedah, Perkara ini bakal Berlaku Ahad Ini

Malaysia: Rakyat di Negeri Jelapang Padi berkemungkinan besar bakal mendapat kerajaan dan Menteri Besar baru pada hari ahad ini. Muhammad Sanusi Md Nor yang merupakan ketua pembangkang dijangka bakal dilantik sebagai Menteri besar yang baharu.
Menurut sumber mengatakan bahawa Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sudah mendengar dan berpuas hati Perikatan Nasional memperoleh majoriti sokongan bagi membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan yang bini oleh Pakatan Harapan.
Jadi selepas ini kerajaan Mukhriz dijangka akan dirombak. Menurut sumber mengatakan bahawa semua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) telah menghadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor setar pada hari ini.
Tambah sumber yang kami perolehi mengatakan bahawa Istana Johor dikatakan bakal mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut pada hari ini.
Mukhriz telah hadir pada jam 4 petand tadi dan beliau mengadap Sultan kira-kira sejam lebih iaitu berakhir pada jam 5.30 petang.
Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini PAS kedah memaklumkan bahawa mereka berjaya memperolehi kira-kira 23 sokongan bagi membentuk kerajaan baru selepas beberapa orang ahli PKR umum keluar daripada parti dan menyokong Perikatan Nasional.
Sebelum ini dikataka bahawa Mukriz masih menganggap dirinya sebagai Menteri Besar walaupun sudah ada 23 sokongan ahli dewan undangan negeri kepada Perikatan Nasional.
Beliau mengatakan bahawa pengumuman pembangkang dalam sidang media kononnya kerajaan negeri Kedah di bawah PH tumbang adalah tidak relevan kerana tidak mengikut Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.
-
Malaysia4 years ago
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya
-
Malaysia4 years ago
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat
-
Malaysia4 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita4 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Berita4 years ago
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham
-
Malaysia4 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita4 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia4 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”