Malaysia
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat

Petaling Jaya, Malaysia: Masihkah anda ingat 20 Disember 2019 merupakan tarikh keramat buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila beliau mengangkat sumpah laknat disebabkan pelbagai tomahan dan tuduhan dilemparkan kepadanya.
Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia ini, beliau tidak dapat menafikan bahawa ada diantara rakyat mengira tempoh kesan selepas beliau mengangkat sumpah tersebut. SElepas 66 hari mengangkat sumpah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu tepatnya pada 24 Februari 2020.
“Saya tidak dapat nafikan ada diantara rakyat yang membuat pengiraan. Mereka kata, selepas 66 hari saya lafazkan sumpah laknat tersebut Pakatan Harapan jatuh. Namun saya tidak boleh membuat kesimpulan perkara itu”
Saya cuma teringat yang ayat terakhir dalam sumpah itu memang berat dan memang saya fikir banyak kali hendak sebutkan” katanya dalam satu temu bual ekslusif yang disiarkan dalam sebuah portal pada hari semalam.
“Untuk pengetahuan anda semua, sumpah laknat tersebut adalah bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Azilah Hadri berhubung dengan pembabitannya dalam kes pembunvhan warga Mongolia, Altantvya Shariibu.”
Pakatan Harapan yang berjaya menukar politik Malaysia tumbang pada 24 Februari iaitu genap 22 bulan mereka memerintah selepas Pakatan Harapan ini hilang majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan susulan keputusan bersatu keluar dari gabungan dengan 11 lagi ahli PKR tidak mahu bersama PH.
Datuk Seri Najib Razak dalam satu portal turut mendedahkan bahawa dalam sumpah laknak yang dibuatnya ketika itu, beliau meminta kepada Allah swt untuk menjahanamkan dirinya di dunia dan akhirat sekiranya dia berbohong.
Selain itu, beliau meminta agar pihak-pihak yang menuduhnya tanpa kebenaran turut dilaknat oleh Allah selagi mereka tidak meminta maaf.
Katanya ayat tersebut berat untuk diungkapnya namun beliau tetap menyebutnya. Sebab saya hendak menegakkan kebenaran sebab saya tiada cara lain.
Najib Razak telah mengangkat sumpah tersebut di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat bagi menafikan akuan berkanun bekas pegawai polis Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan kes warga Mongolia.
-
Malaysia3 years ago
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya
-
Malaysia3 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita3 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Berita3 years ago
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham
-
Malaysia3 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita3 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia3 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”
-
Malaysia3 years ago
Tun Mahathir luah rasa Kecewa dengan apa yang berlaku di Parlimen, Ini pendedahannya