Connect with us

Politik

Pakatan Harapan memang tidak sempurna, Tetapi tidak salah guna Kuasa – Anwar Ibrahim

Published

on

Pakatan Harapan memang tidak sempurna, Tetapi tidak salah guna Kuasa

Kuala Lumpur, Malaysia: Pada pilihanraya Umum ke-14 yang lalu, sejarah berjaya dicipta apabila kerajaan yang memerintah berpuluh tahun tumbang ditangan pembangkang. Rakyat yang ketika itu berkobar-kobar untuk mengalahkan sebuah kerajaan yang dikatakan tidak amanah dengan kuasa dan pemerintahan yang diberi berjaya.

Namun siapa sangka kerajaan baru yang memerintah yang diberi kepercayaan yang tinggi tidak dapat melaksanakan amanah dan kepercayaan rakyat dengan sempurna. Tidak sampai sepenggal memerintah, kerajaan yang dibina atas nama Pakatan Harapan tumbang genap 22 bulan pemerintahan. Kini mereka hadir lagi untuk membetulkan apa yang mereka silap dan menegakkan benang yang basah.

Menurut ketua pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Pakatan Harapan memang mempunyai beberapa kekurangan sebelum ini terutama dalam membuat kenyataan yang sensitif.

Selain itu, beliau mengatakan ada beberapa program yang dibuat untuk rakyat juga tidak dapat mereka laksanakan secara agresif sehingga terlalu banyak pertimbangan dan ini dijadikan oleh pembangkang (ketika itu) sebagai kempen keras untuk menundukkan Pakatan Harapan.

Beliau turut mengatakan PH ketika agak sukar untuk memerintah dengan baik kerana mereka hanya memberi perhatian dalam memperbaiki serta menguruskan pentadbiran negara dengan lebih bertanggungjawab.

Anwar Ibrahim mengatakan bahawa banyak rekod perubahan sebenarnya telah dibawakan tetapi tentunya ada kebimbangan dan keresahan kerana kali pertama rakan bukan Melayu menyertai Kabinet- katanya

“Secara objektifnya kita harus pertahankan apa yang benar dan untuk menyatakan bahawa PH itu mengetepikan Melayu, bahasa, budaya dan hak keistimewaan atau kedudukan agama itu diteruskan,” jelas Anwar Ibrahim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending