Connect with us

Malaysia

Pas khianat Janji, Najib Dalang Utama, Ini penjelasan MB baru Kedah

Published

on

Pas khianat Janji, Najib Dalang Utama, Ini penjelasan MB baru Kedah

KEDAH: Kami yakin bahawa anda semua sudah mengetahui mengenai kemelut politik di Kedah sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Mukhriz Mahathir.

Terbaru, Datuk Seri Mukhriz dikatakan telah menuduh PAS Kedah mengkhianati janji mereka untuk terus menyokong kepimpinan Mukhriz sehingga tamat penggal ini.

Menurut Muhammad Sanusi Md Nor mengatakan bahawa beliau tidak memungkiri janji bagi menyatakan sokongan kepada bekas Menteri Besar itu. Menurutnya lagi, beliau ada berjumpa dengan Mukhriz untuk menyokongnya kekal menjadi MB.

“Saya ada berjumpa dengan dia (Mukhriz) bagi menyatakan sokongan saya kepada beliau sehingga akhir penggal ini”

“Saya ingin menyokongnya dan membuat politik matang yang mana tidak akan merugikan rakyat. Namun pertembungan politik yang ada pada hari ini semakin tajam, maka inilah yang berlaku pada hari ini”

“Bagi saya apa yang sedang berlaku ini bukan kerana PAS tetapi mereka (Adun) yang telah menukar sokongan mereka sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan”

Sebelum ini dikatakan bahawa PAS telah meminta agar kerajaan negeri tidak melihat mereka sebagai ancaman atau memandang mereka sebagai pembangkang. Ini mereka mereka menyokong Mukhriz sebagai Menteri Besar.

“Najib Razak dikaitkan dengan politik di Kedah”

Manakala bekas Perdana Menteri, Datuk SEri Najib Razak dikatakan menjadi watak di sebalik tabir yang menyebabkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat mandat untuk meneruskan kerajaan negeri di Kedah.

Mukhriz mengatakan bahawa kerajaannya telah digulingkan oleh arahan yang datang dari PM yang juga Presiden Bersatu, tetapi beliau percaya dan yakin bahawa ia telah didalangi oleh bekas Perdana Menteri ke-6 itu.

“Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada Presiden Bersatu melalui (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung Bersatu), tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.

“Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia,” katanya.

Perkara ini dikatakan oleh Mukhriz selepas rasmi meletakkan jawatanya sebagai Menteri Besar KEdah yang ke-13.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending