Connect with us

Berita

Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor

Published

on

Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor

Johor, Malaysia: Polis Diraja Malaysia mengesahkan terdapat individu dalam kalangan pegawai dan anggota penguatkuasa menjadi dalang s1ndiket kemasukan migran di negeri Johor.

Perkara ini disahkan oleh ketua Polis negeri Johor, beliau mengatakan dalam satu sidang media terdapat lebih kurang 20 orang s1ndiket telah dikenal pasti oleh pihak PDRM, termasuk s1ndiket tempatan dan yang bersembunyi  di negara orang iaitu di Batam,. Indonesia.

Beliau mengatakan dalam 20 orang tersebut lebih kurang 10 orang merupakan pegawai dan penguatkuasa dalam negeri.

Ayob Khan Mydin Pitchay turut mengatakan bahawa pihaknya kini sedang bertungkus lumus untuk mengean dan menahan tekong darat dan laut yang telah memainkan peranan penting dalam menjalankan aktiviti penyeludupan migran.

Berbanding dengan usaha sebelum ini pihaknya lebih tertumpu kepada penahanan warga asing. – Katanya dalam satu sidang media di IPK Johor

Beliau turut memberi amaran keras kepada pemilik rumah sewa, inap desa, hotel dan jug rumah kongsi agar tidak sesekali bersekongkol dengan sindiket ini.

“Jangan berikan mereka perlindungan dengan memberi tumpang atau sewa”

Beliau turut mengingatkan pemandu teksi untuk tidak pernah sesekali memberi kerjasama kepada kumpulan sindiket ini dengan menghantar migran tersebut ke rumah tumpangan.

“Setakat ini PDRM berjaya menahan seramai 24 orang migran warga Indonesia dan 20 orang tekong dalam OP-Pintas Bersepadu Selatan dalam 9 serban yang telah dijalankan di Wilayah Iskandar dan Kota Tinggi”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending