Connect with us

Malaysia

Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet

Published

on

Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet

Malaysia: Kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk memberi bantuan khas Aidilfitri 2020 kepada seluruh penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Sebanyak RM500 akan dibayar kepada mereka pada 20 Mei ini.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengatakan selain daripada penjawat awam yang sedang berkhidmat kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan has kepada pesara kerajaan.

Pesara kerajaan akan memperolehi sebanyak RM250 untuk hari Raya Aidilfitri kali ini.

“Bonus ini juga akan diberikan kepada pekerja sambilan harian (PSH) yang masih lagi berkhidmat dengan syarat tempoh kontraknya sudah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut” – tambahnya lagi

“Manakala bagi pesara yang dilantik semula secara perkhidmatan kontrak dan masih berkhidmat pada 20 Mei juga layak untuk menerima bantuan sebanyak RM500 ini”

“Pembayaran sebanyak RM250 akan dibuat oleh JPA dan selebihnya akan dibayar jabatan di mana pegawai tersebut sedang berkhidmat” – berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam

Dalam pekeliling tersebut turut mengatakan bahawa mana-mana pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan sudah dikeluarkan kepada mereka oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, maka bantuan ini ditangguhkan buat mereka sehingga selesai kes.

Sekiranya mereka tidak bersalah maka mereka berhak untuk menerima bantuan ini berdasarkan jumlah yang telah diumumkan.

Reaksi Warganet

Melihat kepada berita ini kami mendapati pelbagai reaksi telah diberikan oleh warganet.

Ada dikalangan mereka agak kecewa kerana bantuan-bantuan seperti ini terlalu mendahulukan pegawai kerajaan sedangkan mereka terhimpit disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun ada juga yang menyokong kerajaan kerana bantuan diberikan kepada mereka yang mendapat gaji rendah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending