Connect with us

Malaysia

Perdana Menteri Arah Semua PATI dihantar pulang ke Negara mereka dengan Segera

Published

on

Perdana Menteri Arah Semua PATI dihantar pulang ke Negara mereka dengan Segera

MALAYSIA: Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan risiko jangkitan CoV-19 di depoh tahanan imigresen, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Pendtang tanpa Izin (PATI) yang negatif CoV-19 dihantar pulang dengan kadar segera.

Tan Sri Muhyiddin berkata begitu selepas mengadakan sidang video bersama dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang situasi CoV-19 di Malaysia.

Mereka dalam sidang video tersebut turut berbincang mengenai proses penghantaran balik pendtang asing tanpa izin (PATI) yang telah disahkan negatif CoV-19.

Tan Sri Muhyiddin berkata bahawa beliau telah mengarahkan supaya proses penghantaran pulang dipercepatkan bagi mengurangkan risiko penularan semula jangkitan CoV-19 dalam PATI yang berada dalam depot tahanan imigresen.

Untuk pengetahuan semua, seramai 380 wrga asing tanpa dokumen yang sah telah disahkan positif CoV-19 sebelum ini di tiga depoh tahanan imigresen.

Kluster itu dikesan selepas KKM melakukan ujian saringan stelah warga Myanmar yang dihantar pulang dari Malaysia telah disahkan positif CoV-19 sebelum ini.

Selain itu, Perdana Menteri berbincang mengenai kempen mengalakkan pemimpin komuniti untuk memperkasakan komuniti masing-masing bagi melindungi dan memelihara komuniti daripada jangkitan CoV-19.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka akan tamat pada 9 Jun nanti, namun beliau mengingatkan masyarakat bahawa ia boleh dilanjutkan sekiranya perlu.

Perdana Menteri turut mengucapkan rasa berpuas hati terhadap segala usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkaitan dalam menangani CoV-19 di Malaysia. – sumber: MK

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending