Connect with us

Berita

Pertama kali dalam Sejarah, Perdana Menteri beri Elektrik Percuma tanpa Bayar

Published

on

Pertama kali dalam Sejarah, Perdana Menteri beri Elektrik Percuma tanpa Bayar

MALAYSIA: Kerajaan Malaysia pada hari ini antara kerajaan yang telah banyak memberi bantuan kepada rakyat. Keluhan rakyat berkaitan dengan bil elektrik juga telah didengari oleh kerajaan.

Terbaru menerusi kenyataan rasmi Dato Dr Shamsul Anuar yang merupakan Menteri Tenaga Sumber Asli mengatakan bahawa Perdana Menteri, telah bersetuju bagi meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan kepada semua pengguna elektrik domestik di Semenanjung.

Perkara ini dibuat bagi mengurangkan beban rakyat ekoran daripada peningkatan bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan seramai 7.66 juta pengguna bekalan elektrik bakal menerima manfaat daripada Bantuan Prihatin Elektrik ini.

Untuk pengetahuan semua, bantuan elektrik ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020 dan akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020 nanti.

Bil elektrik tidak perlu dibayar sekiranya bil dibawah RM77

Menurut sumber, anda tidak perlu bayar bil anda bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 bakal diberikan keapda lebih 4 juta pengguna domestik dengna bil elektrik sebulan bernilai bawah RM77 dan penggunaan elektrik 300kWJ ke bawah.

Manakala pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWJ sebulan pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 atau bersamaan dengan RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun 2020.

Seterusnya kerajaan Malaysia turut memberikan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif antara 601- 900 kWJ dengan bil elektrik di antara RM232.35 sehingga RM395.60.

Pengguna akan diberikan diskaun tambahan 8% menjadikan 10% sebulan bagi bil elektrik bulan April sehingga September nanti berbanding hanya 2% yang dinikmati sejak April 2020.

Kerajaan Malaysia turut memaklumkan bahawa TNB bersetuju bagi menghentikan semua aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020 bagi membantu rakyat yang sedang menghadapi kesusahan dala memenuhi komitmen kewangan mereka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending