Connect with us

Malaysia

PKPB bakal ditamatkan, Kemungkinan Sektor Ekonomi dibuka 100 peratus – Dr Noor Hisham

Published

on

PKPB bakal ditamatkan, Kemungkinan Sektor Ekonomi dibuka 100 peratus - Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Umum mengetahui bahawa Malaysia kini berada ddi fasa pemulihan terakhir selepas kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 18 Mac 2020.

Pengenalan kepada PKP berjaya mengurangkan kes baharu positif CoV-19 dari hari ke hari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Noor Hisham Abdullah, pada ketika ini PKPB juga berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau RO (R-Naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaan PKP.

“Jika dilihat kepada kes CoV-19 di Malaysia kebolehjangkitan ialah 3.55 bermakna seseorang boleh mengjakiti 3.55 orang apabila laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, kita dapat lihat R0 (Semasa Perintah Kawaln Pergerakan Bersyarat) menjadi 0.3 bererti seseorang yang positif hanya boleh menjangkiti 0.3 orang”

“Ini menunjukkan ia semakin berkurang dan untuk melihat kepada kes-kes yang akan datang, model ini sedang berjalan dengan jayanya. Kita kini berada di fasa pemulihan yang terakhir”

Untuk makluman anda semua R0 merupakan satu nilai kebolehjangkitan sesuatu vrus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes yang berlaku.

Jelas Dr Noor Hisham lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang memantau situasi semasa negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikuatkuasakan sehingga 9 jun nanti.

Jika kes baharu boleh dicapai dalam satu angka untuk tempoh melebihi seminggu berkemungkinan sektor ekonomi akan dibuk 100%  selain dari sektor sosial dan pendidikan.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, sejak 4 Mei yang lalu sehinggalah 29 mei hanya 200 kes dicatatkan membabitkan warganegara Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa PKPB juga berjaya dalam mengekang penularan wabak CoV-19 dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia patuh dengan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerajaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang melihat dalam tempoh seminggu dua. Jika jumlah kes masih lagi rata iaitu dua angka dan juga satu angka, tempoh PKPB bakal tamat pada 9 Jun ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending