Connect with us

Malaysia

Rakyat bersyukur, BN sepakat memberi Sokongan kepada Muhyiddin

Published

on

Rakyat bersyukur, BN sepakat memberi Sokongan kepada Muhyiddin

Malaysia: Beberapa hari ini kita dihidangkan dengan kerancakan dunia politik apabila beberapa tindakan Pakatan Harapan dilihat cuba untuk menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin.

Disebabkan perkara ini ada pihak yang menjangka akan berlaku lagi perubahan tampuk pimpinan walaupun ia tipis.

Namun dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pengerusi Dewan Tertinggi Barisan Nasional. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi petang semalam mengatakan bahawa gabungan itu menjelaskan mereka akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin.

Zahid Hamidi mengatakan perkara tersebut selepas pendirian sebulat suara dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang telah diadakan pada hari semalam.

“Barisan Nasional merupakan kelompok terbesar dengan 43 kerusi parlimen yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri ketika ini semasa pembubaran parlimen sebelum ini”

Dengan sokongan tersebut Muhyiddin Yassi yang merupakan ahli parlimen Pagoh dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan yang seterusnya membentuk kabinet Malaysia baju. Kerajaan ini dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

Sekiranya usul undi tidak percaya berlaku selepas ini, Barisan Nasional secara tegas akan bersama untuk menyokong Muhyiddin lagi di Dewak Rakyat.

Apabila ditanya mengenai pandangan atau pendirian Barisan Nasional untuk berdaftar secara rasmi Perikatan Nasional. Zahid Hamidi mengatakan BN memerlukan proses tertentu dalam parti komponen masing-masing dahulu.

Untuk pengetahuan semua, Perikatan Nasional dibentuk melalui kerjasama majoriti pemimpin bersatu yang diketuai oleh Muhyiddid yang telah meninggalkan Pakatan Harapan untuk bersama dengan UMNO,MIC,MCA dan Pas bagi mewujudkan kerajaan baru.

Pandangan Warganet

Pengumuman tersebut telah membuatkan rakyat Malaysia bersyukur dan berharap agar kerajaan sedia ada dikekalkan untuk memerintah.

Rata-rata mereka bersyukur dengan pengumuman tersebut dan berkata semoga Perikatan Nasional dapat dikekalkan sehingga PRU akan datang. Netizen juga tidak bersetuju sekiranya pertukaran kerajaan di saat Malaysia ketika ini menghadapi penularan CoV-19.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending