Connect with us

Malaysia

Rentas Negeri Ini perkara yang dirisaukan oleh Dr Noor Hisham mengikut Statistik

Published

on

Rentas Negeri Ini perkara yang dirisaukan oleh Dr Noor Hisham mengikut Statistik

MALAYSIA: Kurang seminggu sahaja lagi, rakyat Malaysia akan menyambut hari raya Aidilfitri. Sudah pasti tahun ini akan menjadi tahun yang berbeza dari sebelum-sebelumnya apabila negara dilanda pandemik CoV-19.

Rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk keluar dari negeri bagi mengelak penularan CoV-19. Bagi mereka yang benar-benar mempunyai kecemasan sahaja dibenarkan oleh pihak berkuasa. Namun begitu masih ada lagi masyarakat yang degil dengan Perintah Kawalan Pergerakan  yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Ini dapat dilihat apabila ramai lagi yang cuba atau mencuba nasib untuk rentas negeri dengan hanya memberi alasan namun cuba untuk menyambut hari cuti atau hari raya bersama keluarga.

Statistik rentas negeri menyumbang kepada peningkatan kes CoV-19 di Malaysia

Namun tahukah mereka perbuatan mereka juga bakal menyumbang kepada risiko yang besar kepada ahli keluarga mereka ?

Menurut Dr Noor Hisham yang juga merupakan pengarah Kesihatan Malaysia, sehingga semalam sebanyak 971 kes positif CoV-19 atau 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes 6894 kes dilaporkan mempunyai sejarah merentas negeri.

Ia juga telah menyumbang kepada 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia. Daripada jumlah tersebut 10 kluster masih lagi aktif.

Perkara ini dimaklumkan oleh Dr Noor Hisham dalam sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini berhubung dengan tindakan masyarakat yang masih lagi mahu untuk rentas negeri.

Pada 15 Mei lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 508 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung.

“Jumlah ini meningkat kepada 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung sebelum diarah berpatah balik oleh PDRM pada 16 Mei,”  Dr Noor Hisham.

Ia adalah perkara yang dirisaukan oleh Dr Noor Hisham, sekiranya perkara tersebut terus menerus dilaksanakan.

Beliau turut menasihatkan agar rakyat mematuhi arahan yang ditetapkan oleh kerajaan dan prosedur yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam musim perayaan ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending