Connect with us

Malaysia

“Saya duduk rumah makan “Super Ring”, Saya juga dipersalahkan” – Najib Razak

Published

on

Saya duduk rumah makan Super Ring, Saya juga dipersalahkan - Najib Razak

MALAYSIA: Semalam merupakan satu lagi detik dimana Menteri Besar ditumbangkan dan kerajaan negeri baru dibina. Dalam pertikaitan politik di Kedah, nama Najib Razak antara yang terpalit.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituduh sebagai orang belakang yang membuatkan kerajaan negeri Kedah dibawah kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tumbang.

Mukhriz Mahathir selepas meletak jawatan sebagai Menteri Besar mengatakan walaupun arahan untuk menjatuhkannya dari Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun beliau percaya bahawa dalang utama adalah Najib Razak.

Respon Najib Razak

Datuk Seri Najib telah menjawab tuduhan itu dan beliau mengecam kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mukhriz. Mengapa namanya terkait dalam isu tersebut.

Tambahnya lagi, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, beliau lebih banyak menghabiskan masa duduk di dalam rumah sambil melayari Facebook dan menemani kucing kesayangannya sambil mengunyah super ring.

Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini (Mukhriz) hilang kerja? Sejak PKP bermula, saya cuma #stayathome main FB, main kucing dan makan super ring,” kata Najib.

Datuk Seri Najib Razak turut meminta agar bekas Menteri Bekas tersebut mengemukan bukti yang kukuh bahawa Najib antara watak penting menjatuhkannya.

Mukhriz berkata demikian kerana Najib Razak mahu melepaskan dirinya daripada tuduhan pecah amanah dalam 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal lain yang memalukan Malaysia di persada dunia.

Warganet tanya Mukhriz

Sebilangan warganet mempersoalkan Mukhriz Mahathir dalam isu ini, mengapa bekas Perdana Menteri tersebut selalu dilibatkan dalam isu politik sedangkan dia sudah tiada kuasa.

Mereka juga mempersoalkan anak beranak (Mukhriz dan Mahathir) yang selalu mengaitkan nama Najib Razak dalam setiap perbuatan jahat politik. Sedangkan ketika mereka memerintah mereka tidak dapat membuktikan sebarang kesalahan Najib Razak pun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending