Malaysia
Selepas Johor, Perak benarkan solat Jumaat dan Aidilfitri

Malaysia: Menjelang hari raya Aidilfitri ini berita gembira daripada Jabatan Agama Negeri Johor dan Perak. Kedua-dua negeri ini membenarkan untuk melangsungkan solat jumaat dan solat sunat Aidilfitri.
Semalam secara rasmi Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) telah membenarkan untuk 12 orang jemaah iaitu imam dan ajk masjid untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Pengurusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Johor memaklumkan bahawa mereka membenarkan untuk 8 ahli jawatankuasa, imam 2 orang, noja dan bilal. Namun mereka semua wajib mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Manakala untuk rakyat lain hendaklah mereka menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah mereka yang mana khutbathnya boleh didapati menerusi web JAINJ (http://janj.johor.gov.my).
Perak umum benarkan solat jumaat dan solat sunat hari raya Aidilfitri
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah untuk mempernena solat sunat Aidilfitri diadalah di masjid dan surau pada pagi Aidilfitri.
Manakala untuk solat Jumaat juga dibenarkan untuk diteruskan mulai hari esok. Namun bilangan jemaah untuk Masjid atau Surau tersebut tidak dibenarkan melebihi 12 orang. – HMetro.
Bolehkah solat 12 orang untuk Jumaat?
Dibenarkan berdasarkan pandangan mazhab, anda boleh semak dan baca kembali di page Fatwa. Jadi jangan timbulkan perasaan tidak senang dengan keputusan yang dikeluarkan oleh kerajaan kerana ia berdasarkan perbincangan para mufti.
-
Malaysia3 years ago
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya
-
Malaysia3 years ago
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat
-
Malaysia3 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita3 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Berita3 years ago
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham
-
Malaysia3 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita3 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia3 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”