Connect with us

Berita

Semakan Geran Khas Prihatin Tarikh Pembayaran dan Kelulusan

Published

on

GERAN Khas Prihatin adalah bantuan yang diberikan secara satu hala (one-off) yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang merupakan dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dengan jumlah sebanyak RM3000 diberikan bagi meringankan kewangan perniagaan disebabkan oleh wabak CoV-19.

Menurut sumber bernama, sebanyak 76% permohonan telah diluluskan oleh kerajaan. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada pemohon Geran Khas Prihatin ini anda boleh membuat semakan sama ada anda berjaya atau tidak.

Tarikh Permohonan

Permohonan sebelum ini dibuka mulai 1 Mei 2020 sehingga 15 Mei 2020. Permohonan sebelum ini boleh dibuat secara online (atas talian) melalui Portal : www.gkp.hasil.gov.my yang telah disediakan oleh LHDNM.

Manakala untuk membuat semakan permohonan, ia bermula pada minggu pertama bulan Jun atau lebih spesifiknya adalah pada 3 Jun 2020.

Berikut pula kami kongsikan kepada anda bagaimana untuk membuat semakan sama ada permohonan anda berjaya diluluskan oleh kerajaan atau ditolak.

  • Bagi pemohon yang telah membuat permohonan anda boleh membuat semakan melalui laman rasmi Geran Prihatin: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  • Anda boleh log masuk untuk membuat semakan GKP anda
  • Masukkan ID yang anda buat ketika pemohonan
  • Klik Butan Semak
  • Sekiranya berjaya untuk masuk, nanti akan dipaparkan Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Status Permohonan

Geran Khas Prihatin

Sekiranya permohonan anda berjaya, maka paparan seperti di atas akan keluar. Sekiranya ditolak maka paparan lain akan ditunjukkan.

Jika anda mengalami kesulitan untuk mengakses masuk ia berkemungkinan disebabkan oleh trafik yang terlalu tinggi masuk ke dalam portal tersebut. Maka bersabarlah dan cuba sebentar lagi.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran Geran Khas Prihatin ini akan bermula pada 15 Jun 2020, pembayaran GKP akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon yang layak, pemohon yang berjaya pastikan bank anda aktif kerana bayaran akan dibuat secara automatik.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending