Connect with us

Berita

Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 dan Tambahan RM100

Published

on

MALAYSIA: Bagi mereka yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 untuk fasa ke-3 maka berikut kami akan kongsikan kepada anda tarikh yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Mengikut kepada laman sesawang rasmi Bantuan Sara Hidup iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri, pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Pembayaran tersebut akan dilakukan bersama dengan bayaran FASA 3 Bantuan Sara Hidup 2020 yang bermula pada bulan Julai nanti.

Untuk makluman anda semua, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional adalah 2 perkara yang berbeza. Sekiranya anda dapat BSH dan BPN maka jangan keliru dengan tarik diantara kedua bantuan tersebut.

Tarikh Pembayaran FASA 3

Seperti yang kami katakan di awal tadi bahawa tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) fasa 3 adalah pada bulan Julai 2020.

Namun tiada lagi pengesahan daripada pihak berwajib, berapa hari bulan duit tersebut akan mula dibayar, sama ada diawal bulan, atau pertengahan atau mungkin akhir bulan.

Kami akan buat kemaskini terbaru sekiranya tarikh rasmi telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada bila-bila masa.

Siapa yang akan menerima manfaat ini ?

Semua warganegara Malaysia yang telah menetap di Malaysia sahaja, Lelaki atau wanita yang telah menjadi ketua keluarga dan telah bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah mereka di bawah RM4000

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik https://t.me/malaysiaupdate24

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending