Connect with us

Malaysia

TERBARU: Hanya 17 kes baharu CoV-19 dicatatkan, Malaysia menuju 1 Digit menjelang Jun 2020

Published

on

Hanya 17 kes baharu CoV-19 dicatatkan, Malaysia menuju 1 Digit menjelang Jun 2020

PUTRAJAYA: Pada hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan hanya terdapat 17 kes baharu jangkitan CoV-19 dilaporkan sehingga jam 12pm, 16 mei 2020.

Dalam sidang media tersebut mengatakan bahawa kesemua pesakit yang dikesan telah dibuat pengasingan bagi rawatan lanjut.

Pertambahan jumlah tersebut telah membuatkan angka kumulatif kes CoV-19 di Malaysia sebanyak 6872 kes sehingga hari ini.


Dalam pada itu satu kematian telah direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kematian di Malaysia sebanyak 113 orang.

Jumlah pesakit sembuh

Manakala pada hari ini, seramai 73 orang telah dibenarkan untuk pulang daripada Hospital. Ia diumumkan oleh ketuga pengarah Kesihatan dalam sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Hari ini sebanyak 73 kes disahkan sembuh dan dibenarkan discaj daripada Hospital” – Dr Noor Hisham

Dengan pertambahan jumlah sembuh tersebut, ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 5512 kes atau bersamaan dengan 82.2%.

Warganet menjangkakan Malaysia berkemungkinan besar dapat menjejaki 1 digit menjelang bulan Jun 2020 ini. Namun begitu mereka berharap agar rakyat Malaysia bersama-sama untuk mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh KKM.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending