Connect with us

Semasa

Tergamak Buang Anak umur 2 Tahun disebabkan Suami Baru tidak Suka

Published

on

Tergamak Buang Anak umur 2 Tahun disebabkan Suami Baru tidak Suka

Seorang anak yang lahir daripada rahim ibu merupakan satu anugerah dan amanah yang besar daripada Maha Pencipta. Anak ini merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pasangan suami isteri.

Jadi mereka hendaklah diberikan kasih sayang dan dijaga dengan penuh perhatian. Mereka ini hendaklah dibesarkan dan diberikan makan dan minum secukupkan.

Tetapi masih ada lagi ibu bapa yang sanggup mendera dan membiarkan anak mereka hidup merempat. Ada juga pasangan yang sanggup membuang anak yang baru lahir disebabkan oleh penceraian atau perkahwinan baru.

Seorang Ibu sanggup membuang anaknya sendiri kerana berkahwin baru

Menerusi coretan yang dibuat oleh seorang pekerja sosial dari negara Thailand di media sosial, dia telah menceritakan perihal seorang kanak-kanak yang dihalau oleh ibunya kerana suami baru wanita itu tidak mahu kanak-kanak tersebut ada dalam kehidupan baru mereka.

Kanak-kanak tersebut ditingglkan di hadapan pusat kebjikan dan diminta menkan loceng pagar pusat tersebut sebelum wanita itu beredar menggunakan motosikal.

Kanak-kanak tersebut ditinggalkan di hadapan pusat kebajikan dan diminta menekan loceng pagar pusat tersebut sebelum wanita itu beredar menggunakan motosikal.

Kanak-kanak itu juga membawa sekali satu beg plastik pakaian, patung mainan dan sekeping surat daripada ibunya. Melalui tulisan dari surat tersebut, ibunya memberitahu bahawa tidak mampu membesarkan anaknya kerana miskin dan suami barunya tidak menerima kanak-kanak itu sebagai anak.

Ekoran daripada kedatangan kanak-kanak malang di pusat kebajikan itu, pihak mereka telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana terdapat banyak kesan kecederaan di badannya.

Besar kemungkinan kanak-kanak tersebut didera oleh ibu bapanya kerana kesan kecederaannya berlaku di banyak tempat di anggota badan.

Setakat ini, siasatan daripada pihak polis sedang giat dijalankan dan kanak-kanak tersebut sedang menerima rawatan bagi menyembuhkan kecederaan yang dihadapi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending