Connect with us

Malaysia

Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu

Published

on

Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu

Kasih ibu membawa ke Syurga, Kasih Ayah sepanjang hayat. Sebak rasanya apabila membaca satu postingan yang dimuat naik oleh skuad pengurusan jen4zah Malaysia mengenai menceritakan kegigihan seorang ayah untuk bertemu anaknya.

“Alhamdulillah syukur, Almarhum Mohd Haszlee bin Hashim telah selamat dikebumikan sebelum Zohor tadi di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan”

“Dia disahkan positif CoV-19 setelah ditemui tidak bernyawa di tepi jalan menghala ke Muadzam Shah, Pahang. Dia dikatakan sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya di Kuala Terengganu dari tempatnya di Segamat, Johor”

“Disebabkan terlalu rindukan anaknya di kampung, dia telah berkeras dan nekad untuk pulang walaupun dengan berjalan kaki selepas sekian lama terpisah dengan keluarganya semenjak Perintah Kawalan Pergerakan bermula”

“Dimaklumkan bahawa ketika dalam perjalanan ada sumber mengatakan kepada kami bahawa dia ada melintasi kawasan Sekatan Jalanraya (SJR) tempat anggot tersebut bertugas dan almarhum dilihat dalam keadaan tidak bermaya”

“Atas rasa ehsan dia telah diberikan makan dan minum oleh petugas, dia juga dinasihatkan agar tidak meneruskan perjalanannya ketika itu. Namun almarhum tetap nekad untuk meneruskan perjalanan yang telah dimulakan sejak pagi Jumaat 8 Mei 2020 yang lalu”

“Disebabkan bimbang keadaan almarhum yang tidak memberi khabar berita, ahli waris dikatakan telah cuba meminta pihak berkuasa mengesan kedudukan almarhum yang gagal dihubungi ketika itu”

“Almarhum ditemui tanpa nyawa di tepi jalan menghala ke Muadzam Shah pada tengahari Isnin, 11 Mei 2020”

“Kakaknya telah menghubungi kami dan mengatakan bahawa almarhum sangat bertanggungjawab kepada keluarganya. Walaupun terkejut dengan pemergian tersebut, kakatnya tetap redha dan menerima suratan takdir tersebut”

Almarhum telah di bawa dari Hospital Muadzam Shah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi urusan saringan CoV-19

“Kami telah berada di sana (HTAA) sejak jam 9 pagi semalam, saya diminta oleh pegawai perubatan untuk memimpin bacaan doa sebelum melakukan prosedur lain”

Segala urusan untuk menguruskan jenazah almarhum dilakukan di bilik autopsi dengan cara menyapu debu tayyamum sebagaimana yang telah diwartakan oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending