Malaysia
Tiada Maaf bagi Pengkhianat, Pakatan Harapan tekad Rampas Kerajaan Semula

KEDAH: Semalam merupakan hari terakhir buat Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar negeri Kedah. Beliau dijatuhkan selepas 2 ahli PKR telah mengatakan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional.
Namun beliau dalam satu kenyataan mengatakan bahawa beliau redha dengan apa yang berlaku. Beliau juga tidak kisah dan nekad untuk menjadi pembangkang sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bulan Mei 2023 nanti.
Mukhriz juga memberi amaran kepada mereka yang khianat, tiada tempat untuk mereka di dalam Pakatan Harapan pada masa hadapan. Beliau juga mengelar mereka yang lompat parti atau tidak berpegang kepada perikatan yang dibina sebagai pengkhianat amanah rakyat.
“Duduklah bersama mereka disana, duduklah dengan rakan yang bersubahat anda, tiada maaf bagimu lagi” – Kata Mukhriz Mahathir dalam satu sidang akhbar
Kemelut politik di Kedah bermula sebelum ini apabila 2 (ADUN) telah menyatakan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional dengan keluar daripada Parti (PKR).
Dengan majoriti memihak kepada Perikatan Nasional, pemimpin PAS Sanusi telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14.
Pakatan Harapan yakin mampu takluk kembali Putrajaya
Pakatan Harapan yang hilang mandat selepas 2 tahun memerintah, kini mereka mengatakan bahawa mereka akan kembali berusaha untuk mendapatkan mandat rakyat dengan keutamaan mengambil alih semula kerajaan.
Dalam satu mesyuarat yang telah diadakan, mereka telah bersepakat untuk meneruskan perikatan yang dibina dan meningkatkan usaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.
Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membincangkan reaksi blok pembangkang terhadap persidangan Parlimen yang akan diadakan pada hari Isnin nanti.
Mereka turut menzahirkan rasa tidak senang dengan tindakan meraih sokongan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta duta-duta bertaraf Menteri.
Menurut Pakatan Harapan, apa yang sedang dilakukan oleh Perikatan Nasional adalah perkara yang tidak baik dan boleh merosakkan perjalanan reformasi institusi, yang telah dibina sejak 22 bulan yang lalu.
-
Malaysia4 years ago
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya
-
Malaysia4 years ago
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat
-
Malaysia4 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita4 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Berita4 years ago
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham
-
Malaysia4 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita4 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia4 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”