Malaysia
Tun Mahathir luah rasa Kecewa dengan apa yang berlaku di Parlimen, Ini pendedahannya

MALAYSIA: Di sebelah siang tadi telah berlangsungnya sidang Dewan Rakyat selepas lama ditangguhkan akibat penularan CoV-19. Agong juga perkenan untuk turun dalam sidang dewan rakyat kali ini.
Namun selepas sidang dewan rakyat tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewanya apabila sidang Dewan Rakyat tersebut ditamatkan lebih awal. Menurutnya Dewan Rakyat tersebut sepatutnya boleh dibuat lebih lama.
Menurut Bekas Perdana Menteri ke-7 itu, semua prosedur atau langkah pencegahan CoV-19 telah diambil dan sepatutnya tiada masalah untuk meneruskan sidang Dewan Rakyat lebih panjang
“Kalau mahu berbahas, tak dibenarkan sebab masalah pand3mik. Sekarang ini semua orang sudah bebas membeli-belah dan makan (di kedai) tapi dalam Dewan (tidak dibenarkan).
“Kita bukan mahu apa, kita cuma mahu duduk di kerusi kita tapi tidak dibenarkan satu hari pun, cuma beberapa jam saja. Sepatutnya tidak ada masalah untuk lapan hari dengan cara yang dibuat pada hari ini.
“Kami tidak dapat terima alasan kononnya (tidak boleh bersidang) kerana pandemik selama dua jam saja, sedangkan Sabah boleh bermesyuarat (sidang Dun) selama tiga hari,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Untuk pengetahuan semua, pada majlis perasmian mesyuarat pertama, penggal ketiga Parlimen ke-14 pada hari ini, Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan YDPA al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah SHah.
Ia diputuskan selepas melihat kepada penularan CoV-19 di Malaysia yang masih lagi belum reda sepenuhnya.
Sebelum ini, kerajaan memaklumkan, terdapat tiga usul akan dibawa pada persidangan Isnin ini, iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020, usul pelantikan ketua pembangkang dan pelantikan jawatankuasa pilihan serta pengerusi dan naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Ahli Parlimen Langkawi itu juga mengucapkan tahniah kepada pengurusan Parlimen kerana majlis perasmian pagi tadi dapat dilaksanakan penuh tertib ketika negara sedang berdepan Cov-19.
“Sebelum masuk, kita diperiksa suhu badan, perlu membasuh tangan sebanyak dua kali sebelum masuk ke Dewan. Kita juga duduk selang satu kerusi antara satu sama lain, cukup tertib,” katanya
-
Malaysia3 years ago
Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri walau Undi Tak Percaya
-
Malaysia3 years ago
Najib Razak dedah apa yang berlaku selepas 66 hari Angkat Sumpah Laknat
-
Malaysia3 years ago
Terlalu rindukan anak, Lelaki positif CoV-19 pergi menghadap Ilahi ketika Berjalan kaki Dari Johor ke Terengganu
-
Berita3 years ago
Pegawai penguatkuasa antara Dalang kemasukan warga Asing di Johor
-
Berita3 years ago
Jangan bersalaman dan berciuman pada Raya kali ini – Dr Noor Hisham
-
Malaysia3 years ago
Penjawat awam sah dapat bonus Aidilfitri RM500, Undang Reaksi Warganet
-
Berita3 years ago
Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Kembali bekerjasama Demi Rakyat
-
Malaysia3 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar cadang tukar nama Parlimen kepada “Bisumen”